Skip to content

Wow! 11 Hutang Selesai Dengan Program AKPK, Termasuk Pinjaman Rumah

Sebenarnya, tak adalah teruk sangat pun bila tersenarai dalam program AKPK. Kita je yang selalu dimomokkan benda bukan-bukan.

Padahal, kenalah sedar diri tu ada masalah hutang yang bertimbun.

Dah, bebel pun tak guna. Benda dah jadi.

Yang penting, anda ada keazaman untuk perbaiki masalah anda dan pertingkatkan taraf kualiti hidup anda dari segi kewangan.

Macam kes salah seorang ahli Urusinsan ni, pinjaman peribadi dan kad kredit bawah AKPK dah nak selesai.

Bukan tu sahaja, siap boleh tutup hutang rumah sekali!

 

Kesan Program AKPK

Antara kesan paling ketara bila anda sertai program AKPK ni adalah anda dikategorikan sebagai ‘peminjam bermasalah’.

Bila dah bermasalah tu, memang tak boleh nak buat hutang baru dah.

Tapi, tak bermakna ada cop kat dahi tu yang menyatakan anda tu ‘peminjam bermasalah’.

Tak perlu nak risau sangat, orang lain tak tahu pun. Jadi, jangan malu-malu kucing pula nak serah diri kepada AKPK tu.

 

 

Siapa AKPK ?

AKPK adalah agensi dibawah Bank Negara Malaysia yang ditubuhkan dengan tujuan untuk bantu dan tingkat literasi kewangan anda.

Sebelum anda dibantu, sudah semestinya anda kena kaunseling dulu.

 

 

Apa AKPK Boleh Bantu ?

Yang ni rasanya ramai dah tahu kot.

Kalau anda ada hutang yang berlambak sampai tak boleh nak diselesaikan, pihak AKPK akan bantu anda untuk cari jalan keluar.

Contohnya, pihak AKPK boleh rundingkan dengan pihak bank untuk panjangkan tempoh pinjaman atau kurangkan kadar faedah dan komitmen hutang bulanan anda.

Contohnya, komitmen anda RM2,000 sebulan, AKPK boleh rundingkan untuk kurangkan jadi RM700 (contoh).

Tengoklah situasinya macam mana, penyelesaian apa yang paling sesuai dengan masalah anda.

 

 

Jangan Ambil Mudah

Ini masalah orang kita.

Bila dah tolong nak selesaikan, anda yang ambil mudah.

Contohnya, anda culas untuk bayar komitmen hutang anda kepada AKPK selama 2 bulan berturut-turut, secara automatiknya nama anda akan dibatalkan dari senarai program AKPK.

Tanpa notis!

Jadi, jangan main-main.

Penat orang nak fikirkan masalah anda ni, jadi hargailah.

 

 

Nama Diputihkan Semula

Bila dah sertai program AKPK, tak bermakna anda tak boleh buat pinjaman selamanya.

Anda kena selesaikan segala hutang seperti yang dirancang dalam program AKPK.

Dah selesai, nama anda akan dibersihkan daripada dikategorikan sebagai peminjam bermasalah.

Tapi benda ni ambil masa.

Boleh jadi setahun juga nak tunggu dibersihkan.

Kalau rajin, follow up selalu bank dan AKPK supaya dapat dibersihkan lebih awal.

Dah bersih, apa tunggu lagi?

Buatlah pinjaman.

 

Tapi awas! Jangan ulangi kesilapan yang sama.

Manfaatkan pinjaman sebagai alat untuk kembangkan aset, bukannya beban.

Tak tahu cara, mintalah pendapat daripada mereka yang dah berpengalaman.

 

Nak dapatkan coaching daripada saya boleh, tapi kena jadi ahli Urusinsan.

Saya pun dah nak tutup keahlian baru.

Siapa cepat, dia dapat.

Nak cepat, boleh klik butang bawah ni.

 

seminar1

5 Tips Kewangan Ketika Sedang Sengkek

Kecuali anda dilahirkan didalam keluarga kaya , anda pasti mengalami keadaan di mana anda pernah sengkek. Apa itu sengkek? Ianya...
hutang-baik

Siapa Kata Berhutang Tu Tak Boleh?

Tidak salah berhutang tetapi kebanyakan orang berhutang dengan cara yang salah. Kunci kepada hutang yang berjaya ialah hanya “berhutang” apabila pulangan...
ansuran-kenderaan-3

Muhasabah PKP, Alangkah Bagusnya Dapat Kurangkan Ansuran Bulanan Kenderaan

Dalam keadaan situasi seperti PKP ni, ada baiknya untuk kita bermuhasabah. Terutamanya berkenaan status kewangan kita. Memandangkan kita diberi pilihan...
cikgu-guru

Guru Golongan Paling Rentan

Dari pengalaman saya (En. Zaidi Ismail) mengendalikan kes kewangan dan sesi analisa kewangan, didalam sektor awam golongan yang paling rentan...
girl-showing-three-finger-salute-hand-gesture_23-2147873653

3 Cara Untuk Kekal Motivasi Untuk Tingkatkan Kewangan

Tahun baru bermula, ramai bersemangat untuk berubah. Namun, semangat itu kadangkala ada pasang surutnya. Bagaimana untuk terus kekal bermotivasi? Lakukan...