Skip to content

Siapa Kata Berhutang Tu Tak Boleh?

hutang-baik
Tidak salah berhutang tetapi kebanyakan orang berhutang dengan cara yang salah.
 
Kunci kepada hutang yang berjaya ialah hanya “berhutang” apabila pulangan dari “hutang” tersebut lebih besar dari “hutang” asal.
 
Itu adalah syarat utama.
 
Gagal mengikuti syarat ini bakal membebankan hidup kita.
 
Oleh yang demikian , satu-satunya sebab kita berhutang adalah untuk pemilikan harta sahaja.
 
Selain daripada itu hendaklah dimiliki secara tunai.
 

Ciri-ciri Harta

Ini kerana harta mempunyai ciri-ciri berikut :
 
  1. Ekuiti
  2. Menghasilkan aliran tunai positif
  3. Nilai yang semakin meningkat.
Secara ringkasnya , hutang akan dibayar atau dilangsaikan oleh harta yang dimiliki melalui hutang tersebut atau dengan kata lain , hutang boleh membayar dirinya sendiri tanpa perlu menggunakan wang dari poket atau pendapatan kita.
 
Antara keperluan lain untuk berhutang adalah untuk meningkatkan aliran tunai , nilai dan mengecilkan hutang sedia ada untuk memudahkan usaha melangsaikannya kelak.
 
 

Komponen utama hutang

Terdapat 2 komponen utama hutang
  1.  Pokok / Prinsipal
  2. Bunga / Faedah / Keuntungan
Isu utama tentang hutang bukanlah jumlah hutang tetapi angka ansuran bulanan yang perlu dibayar setiap bulan.
 
Tidak ada masalah untuk sesiapun jika ansuran bulanannya kecil biarpun nilai hutang yang besar.
 
Tetapi yang menjadi masalah kepada ramai orang apabila ansuran bulanannya besar biarpun dengan jumlah hutang yang kecil.
 
Ini disebabkan oleh 2 faktor berikut :
  1. Tempoh bayaran balik hutang tersebut
  2. Kadar faedah / bunga / keuntungan yang dikenakan
Hutang juga boleh dijual beli.
 
Misalnya apabila sesuatu hutang itu menjadi lapuk atau NPL ( non performing loan ) ianya akan dijual kepada pihak ketiga.
 
Sebagai contoh misalnya kita mempunyai tunggakan hutang bank yang lama tetapi nilainya tidak cukup besar untuk memufliskan kita.
 
Maka hutang tersebut akan dijual kepada pemungut hutang.
 
Sebab itu ada diantara penghutang akan diganggu oleh pemungut hutang dan pihak bank tidak lagi melayani pertanyaan si penghutang tersebut.
 
Sebagai individu, kita juga boleh menjual hutang kita dalam pelbagai bentuk samaada untuk melangsaikan hutang atau untuk mengecilkan hutang bergantung kepada matlamat kewangan kita.
 
Kita juga boleh mengubah bentuk hutang sedia ada yang bersifat beban kepada harta ( ikut difinasi kewangan ) samaada secara terus atau berperingkat bergantung pada keadaan dan situasi.
 
Bagi yang ingin melangsaikan hutang dengan pantas jangan satukan hutang yang banyak kerana ia akan menyukarkan proses penghapusanya kelak biarpun ianya dapat meningkatkan aliran tunai tetapi ambil tindakan untuk kecilkan baki hutang sedia ada kerana ianya akan memudahkan untuk melangsaikannya kelak.
 
Ingat !!!
 
Berhutang tak salah tetapi kebanyakan orang berhutang dengan cara yang salah.
 
Jika betul caranya hutang boleh mengkayakan seseorang individu tetapi kalau salah cara akan membebankan diri sepanjang hayatnya.
 
Apa sahaja situasi korang hari ini , ianya bukan bersifat kekal kecuali jika korang ingin mengekalkannya.
 
Korang mempunyai pilihan untuk menukar keadaan sedia ada menjadi lebih baik , kekal seadanya atau lebih teruk.
 
Ambil tindakan hari ini untuk berubah.
 
Korang belajar sesuatu dari perkongsian ini ?
 
Sila SHARE kepada kenalan yang korang rasakan boleh mendapat manfaat dari perkongsian ini.
 
Mahu lebih perkongsian seperti ini ? Sila komen “nak langsai hutang cepat” di ruangan komen. Insyáaallah saya akan berkongsi lebih banyak panduan dan tips kewangan dan kehidupan seperti ini kelak.
 
Insyaállah.

Untuk sertai Webinar Percuma ini, sila KLIK poster dibawah ini.

hutang-kad-kredit

Bagaimana Nak Langsai Hutang Kad Kredit?

Memiliki hutang kad kredit yang tinggi sangat merunsingkan. Ini kerana, bila kita sedar hutang kad kredit dah ditahap kritikal, kita...
langsai hutang kad kredit-1

Orang Bank Pun Tak Percaya Boleh Hapuskan Hutang Kad Kredit

Wow !!! …. sampai banker pun boleh ternganga. Itulah penangan ilmu yang pekerja bank pun tak diajar. Tiada rahsia, formulanya...
pexels-pixabay-355948

Proses atau Hasil?

Ramai nak kaya cepat, adakah akan tercapai? Saya katakan tidak mustahil jika anda nak cepat kaya, tetapi bayarannya adalah anda...
refinance

Patutkah Saya Refinance Pinjaman Rumah Saya?

Sekarang ni ada satu hype yang sedang berlegar-legar di sosial media iaitu tentang beli rumah atau refinance rumah sekarang. Maklumlah,...
hobby

5 Tip Jadikan Hobi Anda Sebagai Lubuk Duit

Tipulah kalau kita langsung tak ada hobi. Paling tidak mesti ada benda yang kita minat akan dilakukan ketika waktu lapang....