Sebelum Memberi Hutang
Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal. Jangan diamkan diri, ambil tindakan sewajarnya. Sebelum itu jika anda ingin memberikan hutang kepada seseorang pastikan anda ambil langkah mudah ini dahulu.
- Adakan surat perjanjian antara anda dan penghutang, pastikan surat perjanjian tersebut mempunyai segala butiran lengkap penghutang, nilai hutang, tempoh bayar balik, jumlah ansuran jika ada serta terma dan syarat jika ada. Tandatangan di depan saksi atau pesuruhjaya sumpah serta matikan stem perjanjian tersebut menurut undang-undang.
- Anda mempunyai salinan foto, kad pengenalan dan alamat tempat tinggal serta alamat pejabat dimana penghutang bekerja serta maklumat lengkap minima dua (2) orang penjamin.
Langkah Kutip Hutang Gaya Along
- Hantar kad peringatan ke alamat rumah dan pejabat. Jangan hantar surat tapi hantar kad (macam poskad). Tujuan biar orang lain pun boleh baca tuntutan tersebut.
- Pergi ke tempat tinggal dan tuntut, kalau dia takda rumah, tinggalkan pesan kepada sesiapa yang ada di rumahnya bila dia nak bayar hutang dan tinggalkan kad (seperti no 1). Tujuan untuk orang lain dalam rumah tu tahu yang si dia berhutang.
- Pergi ke pejabat dia bekerja dan tuntut, tinggalkan pesan dan kad (seperti no 1) sebagai peringatan bila dia nak bayar hutang. Tujuan untuk rakan sepejabat tahu dia berhutang.
- Cari pasangan (suami / isteri / BF/ GF) si dia kalau ada dan lakukan no 2 dan no 3 dan beri peringatan bila pasangan nak bayar hutang sebagai tekanan psikologi melalui pasangan.
- Gunakan Media sosial (sila tag mereka yang ada hutang dengan korang) atau buat posting ditujukan khusus kepada penghutang dan jika nilainya lebih besar, boleh juga buat iklan menuntut hutang di media sosial.
- Cari anak penghutang (disekolah atau di tempat kerja) dan kirim kad peringatan melalui anak penghutang. Tujuan memberi tekanan psikologi.
- Buat sepanduk tuntutan dan gantung depan rumah atau pejabat penghutang (gantung di tempat yang sukar di turunkan oleh penghutang). Tujuan memberi tekanan psikologi melalui orang sekeliling.
- Hantar kad peringatan kepada ibu bapa si penghutang.
- Hantar kad peringatan kepada majikan si penghutang.
- Hantar kad peringatan kepada penjamin si penghutang.
- Lakukan langkah 1-10 dengan menggunakan notis tuntukan perundangan. Lebih berkesan jika menggunakan khidmat guaman.
- Guna perkataan “sita”, “senarai hitam”, “muflis”, “saman”, “dosa”, “akhirat” dan sebagainya didalam kad peringatan atau notis tuntutan korang. Pandai-pandai lah susun ayat.
- Jika anda mempunyai maklumat lengkap penghutang (seperti yang di nyatakan di atas). Anda boleh menggunakan khidmat CTOS untuk menyenaraihitamkan penghutang.
- Guna khidmat agensi pemungut hutang sebagai contoh seperti yang di lampirkan.
[real3dflipbook id='13']
NOTA: Jangan lakukan sebarang tindakan keganasan atau merosakkan harta benda si penghutang. Ulang secara istiqamah sehingga hutang mula di bayar.
Artikel berkaitan
6 Rutin Mudah Yang Membantu Anda Bina Kewangan
“We are what we repeatedly do.” – Aristotle Terjemahan: “Kita adalah apa yang kita lakukan setiap hari.” Andai
Apa Itu ‘Residual Income’ Dan Kenapa Anda Kena Ada?
Anda mesti pernah dengar pepatah ‘yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin’ kan? Orang kampung saya panggil, “the rich
Bagaimana Untuk Dapatkan Wang Tambahan RM1,000 Bulan Ini?
Semua orang mahu kaya. Namun, adakah usaha dan impian seiring? Anda mungkin seorang peniaga. Atau seorang pekerja dengan income tetap
Guru Golongan Paling Rentan
Dari pengalaman saya (En. Zaidi Ismail) mengendalikan kes kewangan dan sesi analisa kewangan, didalam sektor awam golongan yang paling rentan
10 Sebab Kenapa Perlu Langsai Hutang Kereta Cepat
Lain orang, lain citarasanya. Ada orang jenis tak kisah hidap komitment bertahun-tahun. Ada orang yang rasa bahagia sangat bila tak
3 Pengajaran Hebat Dari Steve Jobs Yang Kita Perlu Ikut Untuk Berjaya Dalam Bidang Kita
Steve Jobs, pengasas Apple. Walaupun sudah tiada di dunia lagi pada hari ini, namun produk yang dimulakan oleh beliau kelihatan
Gaji Kecil Boleh Beli Rumah Banyak-banyak
Sehingga hari ini netizen masih kecoh membicarakan tentang posting berkaitan gaji kecil tetapi boleh beli rumah yang banyak dan di
Kes Kewangan: Penjawat Awam Langsai Hutang Untuk Tambah Aset
Soalan kes kewangan daripada follower : Saya dan suami adalah penjawat awam yang berjawatan tetap dan telah memilih skim pencen. Kami
5 Tips Kewangan Ketika Sedang Sengkek
Kecuali anda dilahirkan didalam keluarga kaya , anda pasti mengalami keadaan di mana anda pernah sengkek. Apa itu sengkek? Ianya
Bagaimana Wang Bekerja Untuk Kita?
Satu ketika dulu , saya memulakan kehidupan saya sebagai seorang pekerja dan dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari




