Skip to content

Bagaimana Untuk Dapatkan Wang Tambahan RM1,000 Bulan Ini?

Semua orang mahu kaya. Namun, adakah usaha dan impian seiring?

Anda mungkin seorang peniaga. Atau seorang pekerja dengan income tetap setiap bulan. 

Sekarang, anda mahu tahu cara untuk buat ‘duit tepi’.

Sebelum saya bercerita tentang cara menjadi jutawan, saya ingin berkongsi 3 cara untuk membuat wang tambahan sebanyak RM1,000 bulan ini.

 

1. Mulakan Dengan Pasang Niat

Niat bukan sekadar di minda. Tapi tulis. 

Ambil buku nota, dan tulis jumlah wang dan masa yang ingin anda capai target. 

Contoh: “Dapat wang tambahan RM1,000 bulan Januari 2021.”

Lebih bagus untuk terus pasang niat sedekah dan perancangan kewangan.

Contoh, 

  1. a) Beri kepada ibu 10% (RM 100)
  2. b) Zakat 2.5% (RM 25) 
  3. c) Simpan Tabung Haji baki 87.5% (RM 875)

Buat perancangan sendiri. Pastikan ada bahagian untuk (i) sedekah dan (ii) simpanan.

 

2. Jual Barang Yang Anda Ada Dalam Keadaan Elok Dan Sudah Tidak Digunakan Lagi

Mungkin anda ada barang yang sudah tidak dipakai dan masih elok. Handbag, handphone, baju, kamera, kasut, buku dan lain-lain.

Pelbagai platform online percuma ada diluar sana untuk anda pasarkan barang tersebut. Contoh mudah.my dan Facebook Marketplace. 

Anda juga boleh tanya kawan-kawan atau saudara di Whatsapp Group.

Extra Tips: Hati-hati dengan apa yang anda beli selepas ini. Anda boleh ‘save’ banyak duit apabila anda tidak beli apa yang tidak perlukan pada asalnya.

 

3. Freelance Atau Business Online

Anda mungkin ada skill seperti programming, designing, writing, marketing dan pelbagai lagi.

Bagaimana untuk tahu skill anda?

Mungkin ada orang pernah tanya pendapat anda tentang sesuatu dan hanya anda yang tahu menjawabnya. 

Mungkin rakan-rakan anda pernah minta bantuan anda untuk lakukan sesuatu.

Mulakan dengan apa yang ada. Buat masa ni, tak perlu pergi kelas berbayar untuk tingkatkan skill tersebut.

Contoh lain, mungkin jiran anda pernah puji Nasi Lemak anda yang sangat sedap. Iklan kan di whatsapp group kejiranan atau Facebook group, atau whatsapp group masjid. Letak gambar nasi lemak anda dan harga.

Skill ini walaupun nampaknya kecil, anda hanya perlu tahu siapa customer anda. 

Pilih satu skill dan fokus. Apabila anda fokus, lebih mudah untuk anda cari target customer. 

Tak tahu apa skill anda? Jangan risau.

Fikirkan, apa produk yang anda suka sekarang. Jadi ejen atau affiliate.

 

Kesimpulan

Ketiga-tiga tips ini walaupun ringkas, apabila anda ambil tindakan, dengan izinNya, inshaAllah berhasil.

Nota: Andai anda berminat untuk dapatkan tips lebih detail tentang cara untuk kumpul harta, sertai Kursus Forensik Kewangan.

Melalui kursus ini, anda akan di’guide; selama 12 bulan secara online. Pelbagai video seperti cara langsaikan hutang dan tips tingkatkan pendapatan dikongsikan.

Disamping online guide selama 12 bulan, anda juga akan peroleh sesi coaching 1 on 1 (face to face) bersama saya.

Melalui sesi coaching 1 on 1 pula, saya akan membantu sebagai coach bagi menstrukturkan semula kewangan peribadi anda dalam melangsaikan hutang & tambah harta dengan pantas melalui kaedah & teknik yang sesuai dengan kapasiti & kapabiliti anda tanpa perlu ikat perut.

Untuk maklumat lanjut, klik link in sekarang:

http://www.kursusforensikwang.com

kancil

10 Sebab Kenapa Perlu Langsai Hutang Kereta Cepat

Lain orang, lain citarasanya. Ada orang jenis tak kisah hidap komitment bertahun-tahun. Ada orang yang rasa bahagia sangat bila tak...
gagal-berjaya

Gagal Berjaya

Anda dah dapat capai sebahagian dari matlamat kewangan tahun 2018 ? Sekarang dah nak masuk setengah bulan March 2018. Apa...
AKPK (1)

Wow! 11 Hutang Selesai Dengan Program AKPK, Termasuk Pinjaman Rumah

Sebenarnya, tak adalah teruk sangat pun bila tersenarai dalam program AKPK. Kita je yang selalu dimomokkan benda bukan-bukan. Padahal, kenalah...
jaroslav-devia-xfYiIpHnvhs-unsplash

3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Belum Mulakan Side Income & Cara Untuk Atasinya

Pernah pasang impian tidak mahu jadi pekerja selama-lamanya? Pernah terfikir yang anda mahu bekerja sendiri supaya ada lebih masa bersama...
time1

6 Rutin Mudah Yang Membantu Anda Bina Kewangan

“We are what we repeatedly do.” – Aristotle   Terjemahan: “Kita adalah apa yang kita lakukan setiap hari.”   Andai...