Skip to content

Bagaimana Untuk Bermula Tingkatkan Kewangan, Walaupun Dari ‘Zero’

Samada anda ingin tingkatkan kewangan, kareer, kesihatan, hubungan dengan pasangan, anda perlu bermula dengan dimana anda berada.

Perkara utama adalah dengan lihat dimana anda sekarang & ‘accept it’. Tidak perlu kesal dengan kesilapan lalu. Tidak perlu salahkan sesiapa. 

Setiap saat anda diberi peluang untuk berubah. Bukan salahkan diri atau sesiapa. Sekiranya anda hanya mahu salahkan orang lain atau diri tentang kedudukan anda sekarang, sampai bila anda mahu berada dalam keadaan begitu? 

“The best time to plant a tree is twenty years ago. The second best time is now.”

 

1. Mulakan Dengan Bantu Diri Sendiri

Pause.

Duduk diam-diam. Tutup mata. 

Ingat kembali berapa duit dalam akaun anda. Dalam simpanan anda. Hutang anda. Semuanya secara kasar.

Anda perlu terima hakikat dimana kedudukan kewangan anda sekarang. 

Anda juga perlu faham, setiap orang yang berjaya bermula dari bawah.

Ambil masa untuk senarai kan hutang anda, perbelanjaan bulanan anda.

 

2. Rancang Arah Kewangan Anda

Keputusan yang anda buat untuk tingkatkan kewangan amat baik.

Namun, ianya jauh lebih baik apabila anda set kan target.

Sebagai contoh, harini anda belum ada simpanan. Anda mahu ada sekurangnya RM10,000 simpanan dalam masa 6 bulan. Atau anda ingin ada RM100,000 dalam simpanan dalam masa 12 bulan.

Bagaimana caranya, fikirkan kemudian. Yang penting, tahu dahulu apa yang ingin anda inginkan.

Apabila anda tahu paras yang anda inginkan, ianya lebih mudah untuk ‘tracking’

Sebagai contoh, anda mahu kurangkan berat 10kg dalam masa 12 bulan. Tanpa nilai ‘10kg’ ini, bagaimana anda mahu tahu ‘keep track’ dengan progress anda? Bagaimana anda mahu nilai sekiranya target anda sudah tercapai atau tidak?

 

3. Ambil Tindakan

“If you keep doing the same thing, you will get the same result.”

Untuk lihat hidup anda berubah, anda perlu ubah rutin anda. Ambil tindakan.

Restruktur kembali kewangan anda.

Ada perbelanjaan yang boleh anda hentikan seperti beli barang bukan keperluan.

Negotiate dengan bos untuk tingkatkan gaji. 

Atau tukar pekerjaan lain.

Cari side income. Mulakan perniagaan. Buat freelance. Jadi affiliate.

Nota: Kami kongsikan banyak tips secara praktikal dalam Kursus Forensik Kewangan untuk tingkatkan pendapatan. Anda boleh layari web ini untuk maklumat lanjut:  http://www.kursusforensikwang.com

 

4. Elak Bandingkan Diri Dengan Orang Lain

Setiap orang ada ‘track’ tersendiri.

Ada yang sudah menjadi jutawan umur 25 tahun. 

Ada yang sudah berjaya dalam perniagaan sebelum umur 30 tahun.

Apabila anda bandingkan diri anda dengan orang tersebut, anda mula merasa diri kerdil. 

Bandingkan diri anda yang dulu dengan kemana halatuju anda.

Yang penting, anda bukan orang yang sama setahun yang lalu.

 

5. Dapatkan ‘Support’

Support ini wujud dalam pelbagai cara. 

Anda boleh cari mentor atau coach untuk bantu anda dalam perjalanan kewangan anda.

Anda boleh cari kawan atau circle baru yang sudah capai apa yang ingin anda capai dan minta nasihat mereka.

Anda juga boleh baca artikel, buku atau tonton video di YouTube tentang kewangan, pelaburan, perniagaan dan seumpamanya.

Anda juga boleh cari rakan yang ingin mulakan perjalanan perancangan kewangan ini bersama supaya anda dapat bantu satu sama lain.

‘Support’ dalam bentuk buku juga perlu untuk anda tambahkan ilmu.

Nota: Buku Forensik Kewangan : “Bagaimana Langsai Hutang & Kumpul Harta Dengan Pantas” adalah salah satu buku yang perlu anda baca untuk tips tingkatkan kewangan. Tekan sini untuk dapatkan buku Forensik Kewangan segera: https://forensikwang.com

 

Kesimpulan

Mulakan dengan dimana anda berada. Anda tidak terlewat. Ini bukan pertandingan.

Jangan risau dengan tahap kewangan anda yang dulu. Mulakan dengan apa yang ada. 

Everybody has to start somewhere.

p/s: 5 langkah yang diberikan ini sudah cukup untuk anda bermula walau dimana pun tahap kewangan anda sekarang. 

Andai anda berminat untuk di’guide’ dengan lebih sepanjang dalam perancangan kewangan anda, anda boleh sertai coaching 1 on 1 (face to face) bersama saya melalui portal Kursus Forensik Kewangan.

Saya akan membantu sebagai coach bagi menstrukturkan semula kewangan peribadi anda dalam melangsaikan hutang & tambah harta dengan pantas melalui kaedah & teknik yang sesuai dengan kapasiti & kapabiliti anda tanpa perlu ikat perut.

Untuk maklumat lanjut, klik link in sekarang:

http://www.kursusforensikwang.com

pexels-pixabay-355948

Proses atau Hasil?

Ramai nak kaya cepat, adakah akan tercapai? Saya katakan tidak mustahil jika anda nak cepat kaya, tetapi bayarannya adalah anda...
ekonomi gawat

13 Tip Hadap Ekonomi Gawat

Ini merupakan call back pada satu pertanyaan pada tahun 2016 , ianya sangat releven dalam situasi kita hari ini. Salam tuan,...
kenapa-kita-sukar-dapat-apa-yang-kita-nak

Kenapa Kita Sukar Dapat Apa Yang Kita Nak?

Ada banyak sebab kenapa kita sukar untuk dapat apa yang kita nak atau inginkan dalam hidup , saya hanya akan...
aliran tunai

Logik Ke Ada Aliran Tunai Positif RM2,000 Setiap Bulan?

Tahu tak punca utama yang menyebabkan kita menjadi makin lama makin miskin? Jawapannya adalah aliran tunai negatif! Hatta aliran tunai...
anh-nguyen-v-NBXj3Yv5o-unsplash

Menjawab Misteri Kehilangan Makhluk Bernama Duit

Satu bentuk pengurusan kewangan yang paling penting adalah menguruskan satu aset cair yang dinamakan duit, disebabkan fungsinya yang sangat mudah...