Skip to content

Bagaimana Nak Langsai Hutang Kad Kredit?

hutang-kad-kredit

Memiliki hutang kad kredit yang tinggi sangat merunsingkan.

Ini kerana, bila kita sedar hutang kad kredit dah ditahap kritikal, kita faham bahawa betapa barahnya penyakit ini boleh merebak lebih teruk lagi.

Bagi memahami hal ini, anda boleh baca artikel Punca Hutang Kad Kredit Mencanak Dan Cara Langsaikan Dengan Mudah.

Walaubagaimanapun, ada beberapa cara atau strategi untuk selesaikan masalah ini, walaupun hutang anda tu lebih RM50,000 sekalipun!

Ingat, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan.

Saat anda fikir masalah ni macam mustahil untuk diselesaikan, ketahuilah bahawa masalah itu adalah anda sendiri.

Membebel pula saya.

Kita teruskan apa solusi yang kita ada.

 

Apakah solusi langsai hutang kad kredit?

Sebenarnya ada banyak, tapi saya senaraikan tiga :

  1. Konsolidasi hutang kad kredit
  2. Pindahkan hutang kad kredit
  3. Teknik snowball

Dihujung artikel ni saya akan berikan link kalau anda nak tahu strategi selebihnya.

 

Konsolidasi hutang kad kredit

Ini yang kebiasaan orang buat lah. Gabung hutang yang banyak tu jadi satu.

Maklumlah, orang selera besar ni biasanya ada berlambak kad kredit. Besar periuk, besarlah keraknya idok?

Saya dah lali dah dengan situasi macam ni.

Tapi teman tak berapa gemor sangat cara ni. Ibarat tutup lubang gali lubang baru. Benda ni tinggi risikonya, kena orang yang betul-betul faham je boleh gunakan cara ni.

Nak tahu kenalah join www.kursusforensikwang.com.

 

Pindahkan hutang kad kredit

Tahukah anda bahawa terdapat khidmat kad kredit SIFAR kadar faedahnya.

Oleh itu, anda boleh pindahkan hutang kad kredit anda tu ke kad kredit ini.

Tapi…..

tempoh pembayaran semula singkat. Kebiasaannya setahun.

Bila dah singkat tempoh pembayaran semula, maka jumlah bayara sebulan sudah semestinya mahal.

Jadi, rancang elok-elok. Jangan memandai-mandai. Tak tahu, tanya.

 

Teknik Snowball

Strategi yang popular dan ampuh.

Ramai yang tahu tapi malangnya tak ramai yang praktikkan pun.

Malas saya nak ulas panjang-panjang bab ni. Kalau anda jenis yang bertindak dan nekad nak selesaikan masalah anda, sila baca Kes Kewangan : Langsai hutang RM43k dalam masa 14 bulan sahaja.

Begitulah serba sedikit strategi yang boleh saya kongsikan. Seperti yang dijanjikan, strategi selebihnya saya bagi hint dalam artikel kes kewangan diatas.

Amaran! Ini saya terangkan secara kasar sahaja. Nak bagi gambaran besar supaya anda nampak masalah anda tu kecil.

Setiap orang mempunyai masalah yang berbeza dan perlukan solusi yang berbeza.

Dapatkan nasihat daripada mereka yang pakar atau join www.kursusforensikwang.com.

seminar1

Elak Tetapkan Tempoh Matlamat Kewangan Terlalu Lama

Kebanyakan orang mempunyai matlamat kewwangan. Dan memang itulah nasihat yang biasa kita dengar kan? Contohnya nak ada RM1 juta pada...
naik-gaji

Cara Mohon Kenaikan Gaji Dari Majikan

Ramai golongan pekerja marhean makan gaji yang merungut gaji tak cukup kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang bakal di hadapi...
bebas kewangan

6 Tahap Kebebasan Kewangan Yang Realistik

Bila anda terdengar atau terbaca pasal bebas kewangan (Financial Freedom), apa yang anda bayangkan? Kebanyakan kita mungkin gambarkan bahawa orang...
kes-kewangan

Kes Kewangan: Penjawat Awam Langsai Hutang Untuk Tambah Aset

Soalan kes kewangan daripada follower : Saya dan suami adalah penjawat awam yang berjawatan tetap dan telah memilih skim pencen. Kami...
jaroslav-devia-xfYiIpHnvhs-unsplash

3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Belum Mulakan Side Income & Cara Untuk Atasinya

Pernah pasang impian tidak mahu jadi pekerja selama-lamanya? Pernah terfikir yang anda mahu bekerja sendiri supaya ada lebih masa bersama...