Skip to content

3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Belum Mulakan Side Income & Cara Untuk Atasinya

Pernah pasang impian tidak mahu jadi pekerja selama-lamanya? Pernah terfikir yang anda mahu bekerja sendiri supaya ada lebih masa bersama keluarga?

Andai anda pernah terfikir, namun anda masih belum memulakannya, 3 perkara ini mungkin bermain di fikiran anda.

 

1. Tak Ada Masa

Anda mahu mulakan perniagaan sendiri, jadi bos sendiri, cari wang lebih, namun anda sentiasa kata anda tiada masa.

 

Kaji kembali, berapa minit anda dapat save apabila anda tidak scroll Facebook, Instagram, YouTube dan seumpamanya.

 

Kaji kembali, berapa masa anda dapat save apabila anda tutup TV dan tidak tonton Netflix waktu malam dan weekend.

 

Apabila anda kata anda tiada masa untuk mulakan side income, itu bermakna anda tidak letakkan priority anda pada cari wang lebih.

 

Cuba katakan pada diri, “Scroll Facebook bukan priority aku.”

 

Untuk berjaya perlu buat pilihan. Ambil masa misalnya pukul 9pm hingga 9.30pm. Waktu itu, buat pilihan, antara tonton TV, scroll social media, dan lakukan sesuatu untuk mulakan perniagaan; mana yang lebih penting?

 

Tak sempat juga? Bangun pagi. 

 

Spend masa awal pagi sebelum Subuh selepas Tahajud untuk bermula.

luke-chesser-rCOWMC8qf8A-unsplash

 

2. Tak Pandai Berniaga

Anda mahu berniaga, namun dalam darah keturunan anda tiada ahli perniagaan. Anda fikir, anda tiada adik-beradik yang berniaga. 

 

Seorang baby mula berjalan dengan merangkak terlebih dahulu. Kemudian, baby berjalan dengan mulakan 2-3 langkah. Kemudian jatuh. Tak lama kemudian baru dapat berjalan. Kemudian berlari.

 

Begitu juga dengan perniagaan. Mulakan dengan belajar. Terdapat banyak video tutorial di YouTube yang boleh anda belajar secara percuma.

 

Contoh, anda mahu jadi affiliate Buku Forensik Kewangan. Anda akan dapat komisyen sebanyak RM10 untuk satu buku.Sekiranya anda jual 100, anda dapat side income RM1,000.

 

 

Tekan sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com/



Persoalannya bagaimana ingin market kan kepada 100 orang? Cuba spend 30 minit sehari untuk belajar marketing

 

Anda boleh google tentang marketing, belajar di YouTube, tanya pada orang yang sudah berjaya. Kesemua ini anda boleh dapat secara percuma. Anda hanya perlu spend masa untuk belajar.

headway-5QgIuuBxKwM-unsplash

 

3. Tak Tahu Nak Berniaga Apa

Apa produk yang anda sangat suka? Anda boleh jadi ejen atau affiliate.

 

Dari produk makanan seperti minyak zaitun, produk skincare seperti serum wajah, anda boleh jadi ejen. 

 

Produk buku atau kelas online, anda boleh jadi affiliate.

 

Pastikan yang anda sendiri percaya dan suka pada produk itu. Lebih mudah untuk anda ‘convince’ kan pembeli. Bukan menjual semata-mata orang lain kata bagus. Anda sendiri yang perlu kata bagus dahulu.

 

Andai ada skills tertentu seperti design, menulis, edit video, fotografi misalnya, offer service freelance

 

Andai anda skill seperti menjahit, memasak dan seumpamanya, dan pastikan anda sangat suka dengan perkara tersebut, anda boleh jahit baju sendiri dan jual atau memasak makanan dan jual.

 

Setiap manusia memiliki kemahiran tertentu. Anda pasti ada sesuatu yang anda boleh buat untuk generate income. Buat istikharah dan berdoa minta petunjuk dari Yang Maha Kaya.

.

jason-strull-KQ0C6WtEGlo-unsplash

 

Kesimpulan

Ketepikan semua alasan yang anda sendiri cipta. Lihat orang yang berjaya yang anda sanjungi. Agaknya boleh ke dia sampai ke tahap itu andai dia sentiasa beri alasan suatu ketika dahulu?

 

Artikel ini bertujuan mengajak anda untuk ada lebihan wang supaya anda dapat berzakat lebih. 

 

Bukankah lebih baik sekiranya kita sentiasa dapat menghulurkan wang kepada yang memerlukan bila-bila masa?

 

ante-hamersmit-U3AKT6ryvic-unsplash

3 Tips Berhadapan Krisis Kewangan

1) Terima Dengan Hati Terbuka   Sedih adalah sesuatu yang berkaitan emosi dan tak dapat nak dielakkan, tetapi yang saya maksudkan...
girl-showing-three-finger-salute-hand-gesture_23-2147873653

3 Cara Untuk Kekal Motivasi Untuk Tingkatkan Kewangan

Tahun baru bermula, ramai bersemangat untuk berubah. Namun, semangat itu kadangkala ada pasang surutnya. Bagaimana untuk terus kekal bermotivasi? Lakukan...
tambah-dan-pelbagaikan sumber pendaptan

Tambah Pendapatan & Pelbagaikan Sumber Pendapatan

Bagaimana saya tambah pendapatan dan pelbagaikan sumber pendapatan? . Soalan ni keluar bila pagi tadi saya ada bertanyakan kepada pembaca...
bebas kewangan

6 Tahap Kebebasan Kewangan Yang Realistik

Bila anda terdengar atau terbaca pasal bebas kewangan (Financial Freedom), apa yang anda bayangkan? Kebanyakan kita mungkin gambarkan bahawa orang...
kesilapan-urus-kewangan

15 Pemikiran Songsang Dalam Mengurus Kewangan

Belajar pengurusan kewangan dah betul dah tu, tapi kalau ada pemikiran yang salah dalam kewangan tak guna juga. Berikut saya kongsikan...