Skip to content

3 Cara Mudah Untuk Tambah Income Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

Ada banyak cara untuk tambah pendapatan. Dari pelaburan saham, real-estate investment, perniagaan, jadi founder produk dan macam-macam lagi.

Namun semua cara itu perlukan skill dan ilmu tertentu. 

Disini kami kongsikan 3 cara mudah untuk tambah income yang anda boleh buat harini juga!

 

1. Negotiate Salary

Bincang dengan majikan anda tentang kenaikan gaji. 

Namun, sebelum itu, pastikan anda seorang yang rajin dan sentiasa hasilkan kerja yang berkualiti. 

Andai anda belum cukup rajin, inilah masanya untuk berubah. Bincang dengan bos anda apa yang anda perlu tingkatkan. 

Tingkatkan kualiti kerja anda berdasarkan perbincangan tersebut.

Kemudian, buktikan padanya ketika berbincang tentang kenaikan gaji.

Andai bos anda terlalu strict, cari kerja dalam bidang yang sama di tempat lain dengan gaji yang lebih tinggi.

Extra tips: Berdoa dahulu minta dari Pemberi Rezeki. Ingat siapa yang pegang hati manusia.

pexels-alex-green-5699475

 

2. Potong Perbelanjaan Bukan Keperluan

Lihat kembali, perlu kah anda langgan Astro? 

Mungkin ada gym membership yang sudah lama anda tidak pakai?

Mungkin ada website atau apa-apa servis yang anda telah subscribe tapi tidak digunakan lagi?

Kaji kembali perbelanjaan anda; apa yang anda bayar setiap bulan. Potong yang mana tidak perlu. 

Kaji penggunaan kad kredit. Lihat bagaimana kalau anda BERHENTI guna kad kredit sepenuhnya dan mula settle kan bayaran kad kredit tertunggak.

Kaji kembali berapa banyak anda boleh SAVE apabila anda tidak lagi gunakan kad kredit selepas anda selesaikan hutang kad kredit yang tertunggak.

pexels-pixabay-53621

 

3. Mulaka Side Income

Siapa tahu sekiranya pendapatan dari side income anda suatu hari nanti melebihi dari gaji anda harini.

Siapa sangka dengan lebihan side income itu anda boleh berhenti bekerja untuk orang lain dan fokus perniagaan anda sendiri.

Semuanya bermula dari satu keputusan yang perlu anda ambil harini.

Mulakan dengan apa yang anda ada. Kemahiran tertentu yang anda ada. 

Pandai main game juga dijadikan income hari ini

Atau anda kenal orang yang pandai buat website misalnya. Cari customer. Jadi orang tengah.

Jual rumah juga boleh jadi orang tengah.

Tak ada idea? Doa mohon petunjuk. Istikharah. Jangan putus asa dalam berdoa.

kevin-bhagat-zNRITe8NPqY-unsplash

 

Kesimpulan

3 cara mudah ini ramai yang terlepas pandang. Hanya perlu duduk bertenang, berhenti scroll social media, dan kaji kembali 3 cara mudah ini.

Berdoa setiap hari semoga diberi petunjuk. Letakkan niat anda ingin tambah income untuk membayar zakat lebih. Untuk membantu ummah.

p/s: Selain jadi yang terbaik dalam apa yang anda lakukan, ada banyak lagi tips lain tentang cara tingkatkan kewangan.Tips tersebut dikongsikan dalam buku Forensik Kewangan : “Bagaimana Langsai Hutang & Kumpul Harta Dengan Pantas” 

Tekan sini untuk dapatkan buku Forensik Kewangan segera: https://forensikwang.com

 

forensik-kewangan

Kena Tipu Sehingga Hutang Berjuta Ringgit

Semua orang pernah kena tipu . Tipulah kalau kata tak pernah kena tipu.  Ini kisah saya yang pernah di tipu...
urusinsan-kaya

Kenapa Kita Sibuk Mengkayakan Orang Lain?

Amat malang bagi mereka yang terlalu sibuk mengkayakan orang lain sehingga lupa atau tidak sempat mengkayakan diri sendiri. Begitulah keadaan...
naik-gaji

Cara Mohon Kenaikan Gaji Dari Majikan

Ramai golongan pekerja marhean makan gaji yang merungut gaji tak cukup kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang bakal di hadapi...
duit bekerja untuk duit

Bagaimana Wang Bekerja Untuk Kita?

Satu ketika dulu , saya memulakan kehidupan saya sebagai seorang pekerja dan dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari...
acuan-kekayaan

Ikut Acuan Kekayaan Yang Mudah Ini Jika Anda Nak Kaya

Semua orang nak jadi kaya dan tahu cara nak jadi kaya , masalahnya ramai yang tak ambil tindakan , hanya...